Borink

life is short, a luv story was wrong, wanna do u to hate me. but i can't, everything was wrong, all is my fault. it nothing left, juz let it be. borink . all about me is here .

My Luvly Famly


xkn nk view ja..??komen la sama

Tuesday, September 29, 2009

Aku nak cuti Sebulan


hmm..dah blk Putrajaya ne hati ak masih x tenang..asyik pk kn ayh yg masih lg berada di wad..utk makluman suma, ak da apply Cuti Separuh Gaji selama 30 ari tuk jga ayh..hope diluluskan la..dlm perancangan ak blk 5/10 - 3/11/09..kt bawah ne ada cnth surat yg ak wat tuk mohon cuti ne..tatau la btul ke x,tp dah htr ke boss,dia kata nk sokong..tgu kelulusan ja la dari admin JPA n JPM....

---------------------------------------------------------------------------------
.: cnth surat permohonan :.
---------------------------------------------------------------------------------
Tuan,

PERMOHONAN CUTI SEPARUH GAJI SELAMA 30 HARI KERANA MENJAGA BAPA YANG SAKIT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama tersebut di atas ingin memohon kebenaran cuti separuh gaji daripada pihak tuan memandangkan terdapat beberapa masalah yang terpaksa saya hadapi. Saya ingin memohon cuti ini dari 5hb Oktober 2009 hingga 3hb November 2009. Setelah merujuk dan memahami kandungan dalam Perintah Am 13 Bab C mengenai Cuti Separuh Gaji, ada dinyatakan bahawa dalam perenggan ini boleh di beri atas sebab- sebab kesihatan sanak saudara yang rapat sahaja ( Lampiran D7 PP Bil .9/91).

3. Permohonan cuti ini adalah atas alasan-alasan seperti berikut:-
i. Saya adalah anak bongsu dari dua beradik dalam keluarga, selain saya hanya ibu dan abang sahaja yang menjaga bapa di hospital. Abang pula telah berkahwin dan tinggal dengan keluarga mertua. Ini agak sukar bagi beliau untuk terus menjaga bapa kerana beliau sendiri terpaksa menjaga keluarga beliau termasuk mertua.
ii. Apabila abang saya bekerja, ibu terpaksa ganti menjaga bapa seorang diri dan beliau sukar untuk berulang alik dari rumah ke hospital kerana tidak ada siapa untuk menghantar beliau. Beliau juga dalam kaeadaan kurang sihat.
iii. Sekarang saya tinggal di Putrajaya, apabila bapa selalu memanggil atau menyebut nama saya dan beliau ingin berjumpa dengan kadar segera, ini menjadi masalah untuk saya berulang alik dari Putrajaya ke Perlis kerana dengan menaiki kenderaan awam akan memakan masa selama lapan jam.
iv. Setelah pulang bercuti hari raya, keadaan bapa masih tidak betul-betul sihat lagi dan masih berada di wad, serta masih perlu lakukan hemodialisis untuk membuang toksid dari dalam darah. Selain itu, beliau langsung tidak dapat bangun dan ini memerlukan kami (ibu dan anak-anak) untuk membantu beliau memakai lampin, mengelap badan dan sebagainya.
v. Jika saya tidak bersama ibu dan abang untuk menjaga bapa, tiada siapa lagi yang akan menjaga beliau. Saya tidak mahu menyesal kemudian hari jika saya tidak dapat menjaga bapa sepanjang beliau sakit dan sudah tiba masa untuk saya membalas budi bapa yang menjaga saya sejak dari kecil.

4. Untuk makluman, bapa saya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) pada 4hb September 2008 dan hampir seminggu tidak sedarkan diri. Kemudian beliau telah ditukarkan ke wad kelas empat pada 15 hb September 2008. Pada 28 hb September 2008 beliau sekali lagi telah ditukarkan ke wad kelas satu dan masih berada di hospital sehingga tarikh surat ini dikeluarkan. Bersama-sama ini saya sertakan salinan pengesahan kemasukkan wad seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

5. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar

SHAHRIZAL BIN SHAHARUDIN
PT(I)A5
---------------------------------------------------------------------------------
.: ne lak surat pengesahan masuk wad :.
---------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

bezday aku

haha..sila berikan hadiah nanti..jgn lupa lak..bezday ak on 11st September..thn 2010 dh lps,tggu thn 2011 lak..