Borink

life is short, a luv story was wrong, wanna do u to hate me. but i can't, everything was wrong, all is my fault. it nothing left, juz let it be. borink . all about me is here .

My Luvly Famly


xkn nk view ja..??komen la sama

Thursday, August 6, 2009

Panduan Interview dgn SPA


Interview 1 - Peringkat awal

Kemahiran/Kebolehan, Pengalaman, Personaliti

*Untuk membantu anda berjaya dalam temuduga tersebut, anda dinasihati membuat beberapa persediaan seperti berikut:
-Persediaan Awal
-Pastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga.
-Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal mungkin dan membuat temu janji yang lain.
-Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.
-Bawa bersama satu salinan " resume ", surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan kerja. -Sebaik-baiknya susun didalam " folder ".
-Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-pesaing utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat, tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan sebagainya).
-Tahu apa yang anda boleh sumbangkan kepada majikan.
-Ramalkan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penal temuduga dan sediakan jawapan. Diantara soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan adalah seperti berikut:
-Bolehkah anda memberi keterangan mengenai diri anda?
-Apa yang membuatkan anda pilih pekerjaan ini?
-Apa pengalaman yang anda perolehi dalam kerja anda yang lepas?
-Kenapa anda berhenti?
-Apakah pencapaian cemerlang dalam kerja anda yang lepas yang anda banggakan?
-Apakah pandangan bekas majikan terhadap anda?
-Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini?
-Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini?
-Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?
-Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini?
-Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat ini?
-Kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini?
-Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda?
-Apakah kekuatan atau keistimewaan anda?
-Apakah Kelemahan Anda?
-Bagaimana anda menilai diri sendiri?
-Bagaimanakah pandangan rakan-rakan anda mengenai diri anda?
-Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda?
-Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya?
-Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?
-Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)?
-Bagaimana dengan kesihatan anda?
-Apakah kegemaran/hobi anda?
-Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua -minggu pertama di syarikat ini?
-Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi?
-Menyediakan borang perancangan terlebih dahulu seperti di Lampiran II sebelum menghadiri sesuatu temuduga
-Berlatih dengan rakan-rakan

Interview 2 - Peringkat Pertengahan
-Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan anda hendaklah beramah-tamah dan bersopan-santun.
-Dengarlah soalan-soalan dengan teliti dan jawab soalan dengan terus terang, tenang, logik, tepat dan penuh keyakinan serta jelas didengar.
-Jangan merasa gementar.
-Bersikap positif.
-Tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan minat terhadap pekerjaan itu.
-Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan prospek pekerjaan/kerjaya.
-Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas syarikat berkenaan, memberi nama orang-orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani pemeriksaan perubatan.
-Jangan menguasai temuduga.
-Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.
-Jangan berbincang masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan anda.
-Jangan bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang diberi oleh penemuduga.
-Jangan mengkritik bekas majikan anda.
-Jangan merokok atau mengunyah gula getah atau gula-gula semasa temuduga.

Interview 3 - Peringkat Akhir
-Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya.
-Bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan akan diumumkan.
-Biarkan penemuduga menamatkan temuduga.
-Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
-Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
-Hantar surat ucapan terima kasih kepada syarikat berkenaan sebagai tindakan susulan.
-Penilaian Prestasi Temuduga

*Selepas temuduga, anda harus meluangkan masa untuk menilai prestasi diri untuk membantu anda belajar dari pengalaman temuduga tersebut. Cuba menjawab soalan-soalan berikut dengan ikhlas:
-Adakah saya bersedia?
-Adakah pengetahuan saya mengenai kerja dan syarikat/firma mencukupi?
-Adakah saya membawa diri saya dengan baik?
-Adakah saya mengambil peluang-peluang yang ada untuk menonjolkan kemahiran yang ada kepada majikan?
-Adakah saya bercakap terlalu banyak atau kurang bercakap?
-Adakah saya menguasai temuduga dan bukannya penemuduga?
-Adakah saya cukup tenang dan penuh keyakinan?

*Sekiranya anda fikir temuduga tersebut tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi untuk memperbaiki diri dan belajar dari setiap pengalaman baru.

PENILAIAN TEMUDUGA

Dalam temuduga lazimnya penemuduga akan menilai diri anda dalam perkara-perkara seperti yang dijadualkan di bawah:
-Amat Baik
- Baik
- Sederhana
- Lemah
- Catitan

PARAS RUPA FIZIKAL
- Kekemasan dan cara berpakaian.
TINGKAHLAKU
- Perlakuan am, kesopanan, gaya dan ketenangan.
KEPETAHAN BERTUTUR
- Tenang, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.
KEYAKINAN
- Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.
KEWIBAWAAN
-Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk menyakinkan dan mempertahankan hujah.
MOTIVASI
- Desakan/kesungguhan, penyertaan dalam perbualan/perbincangan.
PEMBAWAAN
- Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas, kawalan emosi.
KECERDASAN
- Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik.
PENGETAHUAN
- Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman
PENILAIAN TEMUDUGA SELURUHNYA…..

Jika boleh jadi anda akan diambil terus untuk bekerja selepas temuduga itu ataupun anda akan diberitahu oleh penemuduga tentang keputusannya di dalam beberapa hari kelak. Jikalau anda tidak berjaya mendapat pekerjaan itu, janganlah berputus asa. Setiap kali anda ditemuduga, ianya akan menambahkan lagi pengalaman anda dan anda juga akan berpeluang untuk membaiki cara-cara dan kedudukan yang lepas.

di cilok dari web syok *credit*

*klik kat gmbar utk link ke web*

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

bezday aku

haha..sila berikan hadiah nanti..jgn lupa lak..bezday ak on 11st September..thn 2010 dh lps,tggu thn 2011 lak..