Borink

life is short, a luv story was wrong, wanna do u to hate me. but i can't, everything was wrong, all is my fault. it nothing left, juz let it be. borink . all about me is here .

My Luvly Famly


xkn nk view ja..??komen la sama

Wednesday, April 14, 2010

Selamat Tinggal...Putrajaya...


huhu...hari terakhir rini keja kat Putrajaya...
hampir 3 tahun aku kat cni..
hope kalian kat Putrajaya x lupakan aku..
keep in touch ok..

ne emel yg aku sndkan kat kwn2 aku di JPA :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan;


Saya, Shahrizal bin Shaharudin, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 dari Unit Penyelarasan Dan Khidmat Sokongan di BMI ingin mengucapkan salam perpisahan kerana saya akan bertukar keluar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kangar Perlis berkuatkuasa 15.04.2010 . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan JPA kerana memberi peluang berkhidmat di Jabatan ini.


Sepanjang hampir 3 tahun saya di JPA (28.01.2008 ditempatkan di BKP dan 13.01.2009 ditempatkan di BMI), banyak pengalaman yang saya dapat. InsyaAllah saya akan menggunakan pengalaman ini dengan sebaiknya. Memang terlalu sukar rasanya untuk meninggalkan JPA, tapi tanggungjawab kepada ibu haruslah saya utamakan jua.


Dikesempatan ini saya ingin mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya dari segi tingkah laku, pertuturan dan perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja dan apa jua. Maafkanlah saya. Kalau ada saya berhutang, silalah tuntut jikalau tidak mohon dihalalkan jua.

Saya mendoakan agar JPA sentiasa meneraju kerana sememangnya benar JPA adalah Peneraju Perubahan Perkhidmatan Awam.


Sekian, terima kasih.


"JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM"
Shahrizal bin Shaharudin
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
UPKS, BMI
03-8885
http://www.jpa.gov.my
http://infobmi.jpa.gov.my

1 comment:

Blog Widget by LinkWithin

bezday aku

haha..sila berikan hadiah nanti..jgn lupa lak..bezday ak on 11st September..thn 2010 dh lps,tggu thn 2011 lak..