Borink

life is short, a luv story was wrong, wanna do u to hate me. but i can't, everything was wrong, all is my fault. it nothing left, juz let it be. borink . all about me is here .

My Luvly Famly


xkn nk view ja..??komen la sama

Thursday, November 5, 2009

GemPar

::Sejadah Amik Air Sembahyang Pulak::

Kejadian sejadah berdiri dengan sendirinya telah mengemparkan seluruh negara. Sejadah itu berdiri seolah-olah sedang menunaikan solat. Ada siap dengan berjemaah sekali. Beberapa insiden ini telah dilaporkan berlaku dibeberapa buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Berita terbaru kali ini berlaku di Melaka dikatakan sejadah bukan sahaja pandai berdiri malah dah pandai mengambil air sembahyang pulak (gambar). Insiden berlaku ketika waktu asar di sebuah surau apabila seorang kanak2 yang bermain berhampiran surau hendak membasuh kakinya terkejut melihat sehelai sejadah seperti sedang mengambil wudhu.

Selepas terlihat sejadah itu, kanak2 tersebut terus berlari ke rumah dan menerangkan kejadian yang dilihatnya kepada ibunya. Apa lagi si Ibu pun lantas membuat kecoh dan mengajak beberapa jiran2nya terus ke surau tersebut untuk menyaksikan sejadah mengambil air sembahyang pula kali ini. Alangkah terkejutnya mereka dan seperti tidak percaya apa yang lihatnya memang benar2 berlaku sejadah tersebut berada dalam salah satu kolah kecil di surau tersebut seolah-olah seperti sedang mengambil air sembahyang.

Setelah suasana menjadi riuh rendah, tiba-tiba muncul bilal keluar dari dalam tandas surau dalam keadaan terpinga2 dan menanyakan kepada mereka apa yang sedang berlaku. Setelah mendengar penjelasan dari ibu kanak2 tadi, bilal tersebut lantas menerangkan hal sebenarnya seraya tersenyum menyatakan bahawa beliau yang meletakan sejadah tersebut disitu kerana hendak membasuhnya setelah terkena air kencing kucing..hehe..hikhik..kihkih..

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

bezday aku

haha..sila berikan hadiah nanti..jgn lupa lak..bezday ak on 11st September..thn 2010 dh lps,tggu thn 2011 lak..