Borink
My Luvly Famly
xkn nk view ja..??komen la sama
Thursday, April 30, 2009
Today
makanan tu..
mcm2 ada..
pg ne da meeting sektor..
ne la boss aku..
dia tgh bg ucapan ckit..
ne lak akak-akak sekerja aku..
Maksu & Kak Sue..
bju hijau tu..aku la..sepa lg..
hehe...lahap la pulak..
gila geng..asyik mkn ja rini..
org dok kalut makan..kami asyik posing jer..
tp makan dok da gak kat tgn akak2 tu..hehe..
time ne aku sj2 ja nyibukan diri..kihkih..
padahal bukanya ambik makanan pun..
ne yg best..
tgh dok posing elok2..
tetiba ja satu suapan singah kat mulut aku..
otomatik mulut aku ternganga..
ne la tukang suap tu..hehe..
Kak Izal a.k.a Maksu..
(tp la kan, aku je yg pgl Maksu pun)
ne kawan kt dlm tmpt aku kja..
nama dia Bob..
comey ja tuh...kihkih..
yg aku ne lak..
asyik melantak ja kja..
rezeki geng..
time ne dok kacau org ambik minuman lak..
sibuk ja aku ne kn..??
tme org xdak aku x kalut lak..
tme da org tme tu la aku nk myibuk..
wahhh..apapun..memang kenyang..
sbb tu aku snyum ja..
peace.. :)
Sempena Hari Ibu
IBU MITHALI
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
Hampir limaminit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman.. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi.."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah.Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak.Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya.. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sanananti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik..
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain..
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental. Apatah lagi jika anak-anak itu cacat."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartawan lain..
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.
Wednesday, April 29, 2009
Arghhh..x sangka..
hahaha..padahal aku ckup mluat nk bca jiwang2 ne..
lelaki mcm aku ne mna ble wat suma tu..kihkih..
tp mcmna ntah aku ble posting lak..haruu betoi..
nak tau apa yg aku posting..??
try cari tajuk or klik ja tjuk kt bwh ne :
1. Rahsia Bulan Kelahiran
2. Rahsia Zodiak Aku
3. Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop
4. Tentang Lelaki
Arghhh...tensionya...
malu lak rasa...hehe...
slalunya rock..tp kali ne terjiwang sket..
Tentang LELAKI
Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:)
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
Virgo (ini aku)
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx
Rahsia Zodiak Aku
Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.
-huhu...tatau la bnda ne btul ke dak..yg aku tau aku ne panas baran. then aku ne ank bongsu..kihkih..mnja tu x la mnja sgt..tp ank bongsu ne paham2 je la..
Rahsia Bulan Kelahiran
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. JANUARI
FEBRUARI
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER (ini aku)
OKTOBER
NOVEMBER
DISEMBER
|
Tuesday, April 28, 2009
cinta ini membunuhku
kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku
bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan
kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku
bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan
Rindu
& rndu kat famly..
kg aku..??kat Perlis la..mna lg..
kg apa..??kg paya besar..
tang mana..??tang tu la..
ala..senang ja..ambik jalan dari roundbout kangaq
teruih ke pdg besaq (jln kaki bukit)..dlm 7 / 8 minit dari roungbout
tu smpai la umh aku..
tp umah aku ne umh kg la..
ahhhh...lmbtnya nk blk kg..
ingt blk kg nt nk g lepak kola perlis la..
buleh makan2 dgn famly aku...
pekena seafood best tuu...
ikan bakaq, tomyam, sup,
nasi puteh, kerang bakaq, sotong masak tepung.
then ingt nk try cari mempelam harum manis la..
sedap ooo mempelam ne...
tp sekilo dlm RM15 kot..huhu..
klu dpt blikn utk member2 best gak ne..hehe..
Monday, April 27, 2009
Take It All Away
You keep pushing me away
In spite of what you say
I found out yesterday
That I've been wasting all my time
Trying to make you smile
Trying to make this seem worth...
While you've been pushing me around
In spite of what I do
Trying to make things good for...
You take your economy car and your suitcase
Take your psycho little dogs
Take it all away
You've been racing through my mind
You're picking up in speed
You're driving recklessly
It's like a car crash happening on my street
Broken bodies at my feet
And sirens on the way
They're too late
'Cause nobody's going to save us
We're a rubbernecker's dream
We're burning gasoline
Go take your economy car and your suitcase
Take your psycho little dogs
Take it all away
And go
Go ahead and destroy this
Better come with an army
Are you feeling feeling okay baby?
Na-na-na-na-na-na
Take your economy car and your suitcase
Take your psycho little dogs
Take it all away
My Day
- 25th April 2009 -
hmmm..bgn awl la pulak bila time cuti2 malaysia ne..huh..so, bila dh bgn ne x ble tdo blk..nk wat pa pun tatau..tetiba..baru aku tingat..basuh pakaian..hehe..nekad jd rajin la cuti2 ne..kesimpulanya..aku basuh bju dlu 1 trip..guna mesin basuh la..then aku basuh sluar lak 1 trip bersma dgn stokin...smbil basuh tu..still tatau nk wat pa..nk jd rjin lg, aku cuci la toilet..perghh..berkilat..dh 2 bulan x cuci toilet ne pham2 la bile time cuci tu gena..naek lenguh tgn aku dok basuh dinding & lantai..dh settle cuci toilet..apa lg..kemas blik la plak..kemas la apa2 yg patut..termasuk la sapu sampah & mop lantai..then dh kemas blik..sidai bju la..kan tgh basuh bju mula2 td..hehe...arghhh...perut lak rasa lapar..nasib baek budak umh aku masak nasi goreng..sental je la nasi tu..sejam lepas tu,blk lg sorg budak umh dia masak nasi..aku apa lg trun bli sardin then masak la sardin tu..ambik telur 2 bji aku masak telur dadar..haaa..kenyang pun..tp dlm kul 5pm gitu kuaq lg makan..tp makan roti john je la..pas makan tdo jap & bgn dlm kul 8:30pm layan tv la..da final bola piala f.a..abez ja cta ne tru lepak kdai mamak minum coke & pekena roti canai..huh..knyg lg..blk blik apa lg..tdo la..
- 26th April 2009 -
hmmm....hujung mggu..ingt nak bgun awl..tp dh kul 12pm++ bru aku bgn..apa lg,trus cll kwn aku la (pak li)..p mana..??haha...mula2 p lunch kat bangi..ok gak la makanan kat situ..jji knyg..then g parking keta kt sg besi ambik lrt g sogo jap..wat pa lg..soping2 la..tp aku x pun soping..haha...dulit xda maa..kwn aku tu je la yg soping pun..dh puas meronda ++ soping2, ambik lrt blk ke sg besi masuk keta start enjin terus p the mines..kt cni maen boling la..pa lg..tp yg x bestnya tuh..org rmai sgt..dekat sejam tggu bru dapat maen..buleh la maen sorg 7 frame..tp,dlm mnggu nk maen tu,trun food court jap nk mkn..yg best tu..hahhawakakaka..terpaksa syer duit nk mkn coz mesin atm suma hampeh...!!nk kuaqkn duit pun x ble...dh la tu..makan lak x sedap pun..ahh...lantak la..then g la maen boling tuh...huh...yg menambahkan lg kehampehan tu bila ketujuh2 frame tu aku kalah..benggong tul..racun rmai sgt..ssh nk tumpu maen..smpi la aku nk tersungkoq..so, dh penat2 maen ne apalg..cari makanan la..lapaq..tp tatau lak nk makan pa..pikiaq punya pikiaq..last last g makan sate hj samuri je la..pekena sate ayam 5 cucuk, sate perut 5 cucuk, sate kambing 5 cucuk & air tembikai laici...errkkk...alhamdulillah knyg..then blk tdo la...wakakkaka...
Friday, April 24, 2009
Thursday, April 23, 2009
Tonite
nk tgk wayang da cita BOHSIA..
baru kuaq mlm ne...
or nk lepak McD kat tol Sg Besi
or nak maen boling..??
tgk lane boling tuh geram gak..kosong ja tuh..
mlm ne da org ajk tgk wayang..lepak McD..
then da lak ajak open frame boling..10 frame..
but..better maen boling kot..
then blk lepak McD...hehe...
My Family
aku ada Ayah, Emak, Abang, Kak Ipar & Anak Sedara
ne gmbr parent aku..
bezday ayah 31/10..
bezday mak 12/10..
ayah aku berasal dr kg yg kmi dok la ne. Kg Paya Besar.
mak lak berasal dari Simpang Empat.
lepas diorg kawen, terus tinggal kat kg ayah aku..
anak diaorg hnya 2 org ja..abg & aku..
ne gmbr abang & kak ipar aku
bezday abg 25/01
bzday kak ipar tatau..hehe..
abg aku, tua 5 thn dari aku..kecik2 dlu dia suka buli aku..huhu.
la ne dia dh kawen..dh ada anak sorg..
ne gmbr aku dgn anak sedara.
bezday aku 11/09 (tarikh hmpir dgn bezday mak aku)
bezday anak sedara..pun tatau..kihkih..
ank sdara aku..nama dia Mohd Airil Ifran Zikri..
tp pgl Fan je tuh..huhu...
aku..??aku ank bongsu dlm keluarga ne..
hmm...rndunya kt fmly aku ne...
nt awl bln 5 aku nk blk kg...huhu..
bab ank bongsu ne lak kn..npa la rmai yg x suka..??
Salary
tp dpt gaji pun mcm xdpt gak..huhu...
balik2 makan megi gak...
arini gaji..pg2 buta lg dh bayar hutang kat member aku..
RM4**.**++.. then nt nk byr duit sewa umah lg..duit kutu lg..
mcm gmbr kat atas tu best..tu gmbr mesa aku kja hotel kat langkawi..
kja sana best..tdo free, makan free..
dok Putrajaya la ne..suma nk guna duit..
tp tgk la slip kat bwh ne..
baru beberapa jam dh tinggal byk tu gaji aku..
tp..hidup msti diteruskan..
xkesah la makan megi ka..x makan ka..
jji masih idup..hehe..
Wednesday, April 22, 2009
Sedih
Kini ku sepi
tak mahu buang masa lagi mencari - mencari
dinding nya terlalu tinggi
ku cuma mahu tahu apa di sebelah - tak salah
tunduk elak memang helah nya
tangan umur 3 tahun cuma genggam satu semesta
tak sakit tak sakit nawaitu nya ada
tergesa gesa rasa gelisah ini pasrah
ku lihat kabur ku harus akur aku tunduk
Shy
i'm shy i'm shy i'm shy .!
huhu..something happend today..
dat 'thing' make me feel so shy..
i can't write down here coz
i still feel shy..hehe...
but, i like dat feeling..
my face & ear is red dat time..
ahhh...like it..hehe..
hmm..still shy...
what should i do now..??
Smoking
dh try..tp x dpt..bila try, cpt ja rsa marah.
"DUNHILL" teman yg slalu dcc aku.
xkira masa..
sehari sekotak Dunhill 14'
means RM6.60 aku spend utk asap ne.
kdg2 tue shari 2 kotak.
pernah shari 3 kotak.
1 hari RM 6.60
1 bulan RM 198.00
1 tahun RM 2376.00
skrg dah hampir 10 thn aku smoking..
tp heran gak..
asalkan ssh ati, ne la yg teman aku..
sakit ka, sihat ka, ttp sma..still smoking..
bleter..??dh slalu kna dgn mak aku..
huhu...skrg dlm 2 hari 3 kotak aku isap..
bila la nk dpt brenti ne..??
Aku kena tag lg.
ah..x ingt..yg aku tau baru jer lg..dlm 2 bln...tp dlm 24 March 2009 kot aku wat blog neh..
2) Terangkan kenapa aku berblogging
saja nk lepaskan perasaan..xkan nk tulih kat diari kot..bukan jnis aku tue..tulih kat dalam ne la best..gamaq pun buleh boh..
3) Nyatakan blog pertama yang aku baca
tatau la pulak..huhu..
4) Letakkan entry pertama blog aku
Lonely Day
huhu...tu perasaan aku masa tue..tetiba ja dgr lagu kesukaan aku..tu yg aku mula wat blog ne..5) Huraikan entry tersebut
ahhh...tatau la nk huraikan gena..bukanya pandai sgt aku nk hurai2kan ne..tp ebtry pertama tue lirik lagu Lonely Day by SOAD..mmg aku suka dgr lagu ne..lg pun, jiwa aku kosong time tu..huh..
6) Letakkan satu pic yang aku paling suka dalam blog nih!
xda
7) Harapan aku
harapan..??hmm...dh xda apa2 yg nk diharapkan..
8) Pas tag nih kepada sesapa yang aku nak.
huh...nk tag kat sepa..??xda sepa la plak..klu ada pun,xkan aku nk tag..aku ne kan baek..(huh..perasan kn..?)
Tuesday, April 21, 2009
Monday, April 20, 2009
huh...
aku baru lepas chck jnis darah...& the result is B+..
then chck berat..berat aku pun naek 3.4kg..huhu.. = 53.4kg.. in 1 month berat aku naek..
then aku sj la p jenguk tmpt org derma darah..skali depa paksa ler pulak aku derma..padahal mnala aku berani..aku takut darah2 ne..kang x pasai2 aku pitam lak..huhu..
so..aku pun memberanikan la diri utk derma ne..bukanya pa,depa kata klu x buleh mmg depa x kan ambik darah..
chck je la..nasib baek aku x dpt derma..smlm aku makan ubt batuk & ubt selsema..ok la tu..
tp yg hampehnya..doctor yg chck aku ne ckp kurang ajaq la..sakit hati aku..celaka tul..sakitnya ati aku..mmg doc tu hampeh..
da ke patut..dia tnya xkan aku tatau kot klu nk derma darah mna buleh makan ubat..aku pun sound blk la..mmg aku tatau..lg pun ne 1st time aku nk derma darah...
arhhh...puas ati aku..
da 1 lg yg hampeh..tekanan darah aku naek lg...doc tu t'kejut..dia kata aku ne muda lg..xkn darah naek kot..doctor laen yg penah chck darah aku penah nasihat suh aku jga makan..jga kesihatan..bla bla bla..takot kot aku kena strok nt..
hmmm....kesimpulannya..aku terus blah dari tmpt derma darah tuh..walaupun doctor suh p lg sok,,,sori...never for tomorrow..!!
hujung minggu yang..
*Hampeh, Sabtu 18.04.2009 :
hmm...dlm kul 4:30pm g stadium Shah Alam. mlm tu da game Perlis vs Selangor.. huh..mmg hampeh apabila perlis kalah last minit. Kalah 2-
- then..ingt nk ilang kan hampeh tu g la tgk wayang kat Alamanda. so,tgk la cita "Coming Soon", kul 12:10am. cita ne cita hantu.. rupanya keadaan lg hampeh..cita ne x best langsung..mula2 best la,tp bila dkt nk abez mmg hampeh..ending cita ne pun hampeh...ahh..tension tul..blk tdo la..pa lg..
*Ok cikit, Ahad 19.04.2009 :
- ujannya pasal..kul 2 lebih aku bgun..
- perut rasa lapar..so g la lunch kt Warung Pak Maidin kat Sri Kembangan..sakit ati gak memula tue bila nk order Sup Daging xda,order Nasi Goreng Ayam pun xda..suma xda ne..ceh..last2 order Nasi Goreng Special je la wlupun x special..yg hampeh ckit bila order Milo O Ais, dpt Manggo Ais..bodoh punya waiter..minta yg laen, yg laen dpt..
- borink lg ne..ingt nk wat kja bodo, nk g Zoo Negara tgk menatang..hehe..tp x jd lak coz cuaca x elok...
- so, g la Pavilion KL..cuci2 mata la kononya..tp still borink lor..dh keadaan pun ptg aku lepak jap kat Kdai Toast Box. Minum Kopi O & makan Roti Butter Kaya..- satu lg yg hampeh ckit bila bayar parking kna RM9.00...- masih tatau nak wat pa..keadaan pun dh Magrib..ambik keputusan blk dinner kat Alamanda je la. kt cni aku makan Chicken & Beef Teppanyaki + Air Soya..
- huhu..perut dh buncit ckit..
- dah kenyang2 ne ingt nk jejln jap..tp letih la plak..
- gena ntah..sj ja gatai mlut aku ne ajak kwn aku trun tgk orang maen boling.kot la aku da jumpa sesepa c2..mmg jumpa pun,jumpa Dayang & The Geng dia la..depa maen Boling..
- tp sblm trun kwn aku da ckp,'jgn trun..nt jd benda laen'..tp aku kata xpa..kita trun tgk ja.
- tau apa yang jd..??xpasal2 duit abez dekat RM300.00 bila aku beli Set Boling (bola boling, kasut, beg bola, see saw bag).. haha...juz kasut ja mggu depan baru sampai..
- tanpa dirancang aku dgn kawan aku beli set boling tu...Racun Racun...
- so, apa lg..pas suma bola dh ready..maen boling je la 3 frame..yg beznya tuh..aku kalah ke3-3 frame tuh..huhu...
- byr parking cni murah..RM1.50..
- dh settle suma..apa lg..blk tdo la...sok kja..
*juz 1 tmpt ja aku x dan p lepak.. McD.. selalunya mlm minggu aku lebih kurang kul 3 am aku suka mkn Big Mag. tmpat McD tu berhampiran Tol Sg. Besi..
*pelik btul..aku mmg suka simpan resit..hikhik..